Yayasan Waqaf's Blog

Pembangunan Aset Wakaf dan Wakaf Tunai Malaysia

Peranan Wakaf Tunai Dalam Pembangunan Ekonomi Ummah

Peranan wakaf tunai di dalam pembangunan ekomoni ummah tidak dapat dinafikan lagi. Dr. Murat Cizakca, seorang cendekiawan Islam moden yang terkenal, di dalam bukunya yang bertajuk ‘A History of Philantrophic Foundations: the Islamic World From The Seventh Century to the Present’, menyatakan bahawa wakaf tunai telah dipraktikkan sejak awal abad kedua Hijriyah di mana Imam az-Zuhri (wafat 124H), iaitu salah seorang ulama terkemuka dan peletak dasar tadwin al-hadith, memfatwakan bahawa wakaf dinar dan dirham dibolehkan untuk pembangunan prasarana dakwah, sosial dan pendidikan umat Islam.

Menurut Dr. Cizakca lagi, mulai penghujung abad ke-15 hingga abad ke-18, wakaf tunai berkembang dengan pesat di Turki semasa zaman pemerintahan Uthmaniyyah di mana amalan wakaf tunai telah berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaran dan sebagainya kepada masyarakat. Penerimaan dan penglibatan masyarakat di dalam wakaf tunai membantu empayar Uthmaniyyah berkembang kerana dana wakaf tunai telah digunakan sebagai pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan oleh kerajaan. Kajian Dr. Cizakca mendapati bahawa wujud sejumlah 1,161 wakaf tunai di Istanbul dalam tempoh 1456 hingga 1551, sementara di Bursa, bandar yang lebih kecil daripada Istanbul, wujud 761 wakaf tunai dalam abad ke-18.

Wakaf tunai yang telah dikumpul didapati berjaya meringankan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan perkhidmatan pendidikan, kesihatan, perbandaraan dan sebagainya kepada masyarakat dan pelengkap (complimentary) kepada usaha-usaha pembangunan oleh kerajaan.

December 30, 2009 - Posted by | Wakaf Tunai

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.